Friday 11 November 2016

Malaysia's Glorious Food and Beverages


Assalamualaikum uooolssss.. harini Cik Fatin nak kongsikan dengan korang makanan yang marvellous dekat Malaysia ni. Kalau korang nak tahu, makanan Malaysia semakin popular di seluruh dunia. Malahan, ramai pelancong yang dari luar negara datang ke Malaysia untuk makan makanan tempatan tau.

1.  Nasi Lemak


Nasi Lemak merupakan makanan Malaysia yang telah diterima di seluruh dunia. Nasi Lemak terdiri daripada sambal ikan bilis ( sambal yang mengancam! ), ikan bilis, kacang goreng, timun dan juga telur rebus. Gabungan lima jenis makanan ini melahirkan satu makanan yang sangat epik bagi Cik Fatin.

 ( Nasi Lemak + Kopi O' = Nikmat )

Pada asalnya Nasi Lemak hanya dibungkus di dalam daun pisang dan dijual ditepi- tepi jalan. Tetapi kini, Nasi Lemak telah direvolusikan kepada pelbagai variasi seperti Nasi Lemak Ayam, Nasi Lemak Rendang dan Nasi Lemak Kerang.


Variasi Nasi Lemak

2. Nasi Kandar



Ya Allah rindunya nak balik Penang!!! Hahahahahah.. sebenaqnya Cik Fatin nie oqhang Penang, sebab tu la Nasi Kandaq tak boleih tinggai


Nasi Kandar adalah seperti nasi campur tetapi kelebihan dan keunikkan Nasi Kandar ini terletak pada kuah karinya yang mempunyai rasa yang tersendiri. Keunikkan rasa kuah kari Nasi Kandar ini memang tidak dapat ditandingi keenakkannya walaupun dimasak dengan air tangan sendiri. Nasi Kandar ini dimakan dengan pelbagai jenis lauk dan sesuai untuk makan tenghari. Tagline terkenal dengan nasi kandar ialah " Mamak, kuah kasi banjir ".


3. Char Kuey Teow



Char Kuey Teow merupakan makanan orang Cina pada asalnya tetapi semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Bukan itu sahaj, kini ramai bangsa Melayu yang membuka perniagaan dengan menjual Char Kuey Teow. Char Kuey Teow menjadi pilihan kerana makanan ini ringkas dan mengenyangkan. Kebanyakkan rakyat Malaysia menjadikan Char Kuey Teow sebagai menu makan malam bersama-sama keluarga.



Jika di Pulau Pinang, Sungai Dua Char Koay Teow adalah tempat kunjungan orang ramai. Kedai ini dibuka pada waktu malam sahaja. Kebanyakkan pelanggan adalah dari luar  negeri dari Pulau Pinang.


4. Cendol




Cendol merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dikepal dan dicampur dengan pelbagai perisa. Bahan utama cendol ialah tepung yang berwarna hijau dan campuran kacang merah. Cendol kini dipelbagaikan dengan campuran durian serta pulut ataupun dikenali cendol durian dan cendol pulut. Cendol sangat terkenal di rantau nusantara terutamanya Malaysia dan Indonesia.


5. Teh Tarik




Teh Tarik merupakan tarikan utama untuk seluruh rakyat Malaysia. Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia menggemari minuman ini terutamanya pada waktu sarapan. Meminum teh tarik mampu meningkatkan mood seharian seseorang... hahahahaha ( Cik Fatin suka minum sebab tu tulis mcm ni )



Akhir kata, sayangi Malaysia, syukuri nikmat yang kita ada pada harini.

p/s-  berkongsilah rezeki anda, sebarkanlah kebaikan.






9 comments:

  1. Assalamualaikum Cik@Cikgu Fatin yang manis lagi anggun.. menarik betul Cik punye post kali ni especially bab makanan,,, pergghhhhh!!! terbaik laaaahhh cendol tu.. Cik fatin, cendol satu, bungkus ikat tepi,,,,hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ct mariam.. hahahaha... nnt saya update makanan yang lagi superb ok... :D

      Delete
  2. Sedapnyaaa. Lapar bila tgok char kuey tiow tuu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina Hanin.. nnt update la resepi char kuey teow pulak,,, boleh saya g makan rumah awak,,hihihi

      Delete
  3. cik fatin suggest laa makanan sedap kat perak nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam proses!,,, hahahaha,, stkat tahu kat kafe upsi ja,,hua3

      Delete
  4. sedapnya char kuey teow dgn cendol tu...:( sini cendol pun ssh nak dpt..cik fatin nanti payung kan la cendol dengan char kuey teow plish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn..... nk kna saling mmayungi ni..haha

      Delete
    2. Kannnnn..... nk kna saling mmayungi ni..haha

      Delete