Thursday 10 November 2016

I was a kindergarten teacher

Assalamualaikum, okey lately Cik Fatin teramatlah buzy dengan segala test, assignment dan quiz yang semuanya bersemangat nak dating dengan Cik Fatin sampai jenuhlahh nak tepis.. hahahahaha. Biasalahh kann lpas midsem mmg hdup ini akan kacau bilau secara tiba2.. demi kejayaan sanggup kuharungi jua...ceewwewaaaahhhh...

Bila dah buzy macam ni, memang selalulah Cik Fatin teringat kat anak-anak murid Cik Fatin. Yes, I was a kindergarten teacher tapi tak lama cuma setahun je Cik Fatin sempat bergelar seorang guru tadika.


Cik Fatin pun sebenarnya tak sangka mcam mana Cik Fatin boleh terjebak dalam pendidikan kanak-kanak, dah namanya rezekikan, so bekerjalah Cik Fatin sebagai Teacher 4 years old dari April 2015 hingga Ogos 2016. Pada awalnya Cik Fatin hanya mencuba nasib je sebab nak elak dari mereput lepas habis diploma and sementara nak sambung degree. Tapi sebab rasa sayang kat students buatkan Cik Fatin bertahan selama setahun dan sanggup lewat sambung belajar dari kawan-kawan lain..huahuahua.. betapa kasehhhnyaa aku kepada mereka...huhuhu


Okey, harini Cik Fatin nak crita tentang students di tadika dulu, tapi kebanyakkan cerita ni tentang kelas Cik Fatin. Kelas untuk umur 4 tahun ada dua. Cik Fatin guru kelas untuk 4 Iskandar Zulkarnain dan kawan Cik Fatin, Teacher Ayuni guru kelas 4 Muhammad Al-Fateh. Total students untuk dua-dua kelas ni ada 23 orang students.Dan dijaga oleh dua orang guru iaitu Teacher Fatin ( Cik Fatin letttew) and Teacher Ayuni.


Bayangkan 23 kanak-kanak 4 tahun, hahahahaha,,..(geleng kepala ). Siapa kata jadi cikgu tadika tu senang? Hahahaha,,tolonglah ubah persepsi anda sebab apa yang anda bayangkan tak sama apa yang kami lalui seharian.


Macam-macam pengalaman,ilmu dan kesabaran yang tinggi Cik Fatin dapat sepanjang kerja kat sini.Memang Cik Fatin cikgu dorang, tapi sebenarnya students yang banyak ajar Cik Fatin, sebenarnya dorang yang didik sifat dan hati Cik Fatin semoga jadi tabah dan sabar.


Melalui students jugak la, Cik Fatin dapat belajar banyak tentang pemikiran kanak-kanak yang kita sebagai orang dewasa anggap sebagai benda remeh tapi hakikatnya sangat besar untuk dorang.

Sepanjang bekerja, Cik Fatin mengakui rezeki Cik Fatin murah, Alhamdulillah sangat2, rezeki yang Cik Fatin maksudkan bukan dari segi wang ringgit, tapi dari segi dipermudahkan urusan dan rezeki kasih sayang.

Bukan senang kita nak dapat kasih sayang dari orang yang kita tak kenal, tetapi bergelar Teacher Fatin rezeki kasih sayang tu sangat murah ( huhuhuhu,,,,,riiiinddduuuu). Cik Fatin rindu muka-muka students bila dah pandai pakai seluar, rindu wajah diorang bila Teacher Fatin cakap pandainnyaaa!!!... rindu senyuman semua students bila Teacher Fatin ajar and menyanyi lagu baru ( I miss their eager faces so much ). Terima kasih di atas segala hadiah Hari Guru ( tahun ni Teacher Fatin dapat hadiah paling banyak ,,hahahaha kenyit mata sekali ) dan hadiah perpisahan :)


Kerana bergelar Teacher Fatin lahh, Cik Fatin sangat mengenang jasa semua guru-guru dan pensyarah Cik Fatin masa zaman sekolah and diploma dulu ( arrrgghhh,,, nakalnyaa akuuu! ) Terima Kasih Cikgu. Bila Cik Fatin bergelar Teacher Fatin, Cik Fatin rasanya serba sedikit sudah boleh memahami perasaan seorang guru. Bagi Cik Fatin, mendidik dan mengajar ada dua perkara yang berbeza dan percayalah seorang guru atau pensyarah itu berusaha mendidik kita kerana mereka sangat sayangkan kita.


So, harini Cik Fatin nak share sikit gambar anak-anak murid Cik Fatin dulu. Teacher rindu kalian. <3



Pihak klinik gigi datang untuk ajar cara gosok gigi
( Awat Haidar macam nak nanges tuuuu?? ).. hehehe








Masa ni g lawatan kat Perpustakaan Awam Seberang Jaya, Pulau Pinang

Selamat Hari Raya!
( Siapa baik dapat duit raya) hahaha


Haaaa!!! Ni la kelas 4 tahun 2016
♡★♡★♡★
~ 4 Iskandar Zulkarnain_4 Muhammad Al- Fateh ~


asalnya ada 23 orang students tapi tinggal 21 je sbb lagi dua students tu dah pindah...huhuhuhu.. Majority boys ( hahahahaha ). InsyaAllah bakal khalifah pada masa depan. Teacher Fatin dan Teacher Ayuni ( dah sambung belajar jugak ) sayang 4 years old sangat2!!!


Kawan-kawan and akak-akak yang sangat laaaaaa Cik Fatin hargai 

Huhuhu... ni hari last Cik Fatin kerja.. terima kasih semua untuk semua pengalaman, kasih sayang dan ilmu. Sekarang Cik Fatin dah sambung study dalam bidang pendidikan juga. InshaAllah kalau diberi peluang akan bergelar seorang pendidik. Doakan ^_^. 






      

           


7 comments:

  1. such a precious moments. I love it :* kahkah

    ReplyDelete
  2. nak apply ckgu tadika nih cmna cik fatin? i meant hantar resume pergi interview camtu ke mcmna

    ReplyDelete
    Replies
    1. sisi boleh apply online and hntar resume online,inshaAllah ada rezeki sis,, :D

      Delete
  3. comelnya student celik awak..setuju dgan apa yang u mention..kadang-kadang budak-budak yang lebih mengajar kita erti hidup..cewaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...ank murid comel sbb cg jgk..hehe..tq sis sbb support..<3

      Delete
  4. Harrah's Cherokee Casino - Mapyro
    Information, 화성 출장마사지 maps, photos, contact details and maps for Harrah's Cherokee 이천 출장안마 Casino in Cherokee. Rating: 3 · ‎1 vote · ‎Price range: $$ (Based 안성 출장샵 on Average 광주광역 출장샵 Nightly Rates for a Standard Room from our 경산 출장안마 Partners)

    ReplyDelete