Friday 11 November 2016

Malaysia's Glorious Food and Beverages


Assalamualaikum uooolssss.. harini Cik Fatin nak kongsikan dengan korang makanan yang marvellous dekat Malaysia ni. Kalau korang nak tahu, makanan Malaysia semakin popular di seluruh dunia. Malahan, ramai pelancong yang dari luar negara datang ke Malaysia untuk makan makanan tempatan tau.

1.  Nasi Lemak


Nasi Lemak merupakan makanan Malaysia yang telah diterima di seluruh dunia. Nasi Lemak terdiri daripada sambal ikan bilis ( sambal yang mengancam! ), ikan bilis, kacang goreng, timun dan juga telur rebus. Gabungan lima jenis makanan ini melahirkan satu makanan yang sangat epik bagi Cik Fatin.

 ( Nasi Lemak + Kopi O' = Nikmat )

Pada asalnya Nasi Lemak hanya dibungkus di dalam daun pisang dan dijual ditepi- tepi jalan. Tetapi kini, Nasi Lemak telah direvolusikan kepada pelbagai variasi seperti Nasi Lemak Ayam, Nasi Lemak Rendang dan Nasi Lemak Kerang.


Variasi Nasi Lemak

2. Nasi Kandar



Ya Allah rindunya nak balik Penang!!! Hahahahahah.. sebenaqnya Cik Fatin nie oqhang Penang, sebab tu la Nasi Kandaq tak boleih tinggai


Nasi Kandar adalah seperti nasi campur tetapi kelebihan dan keunikkan Nasi Kandar ini terletak pada kuah karinya yang mempunyai rasa yang tersendiri. Keunikkan rasa kuah kari Nasi Kandar ini memang tidak dapat ditandingi keenakkannya walaupun dimasak dengan air tangan sendiri. Nasi Kandar ini dimakan dengan pelbagai jenis lauk dan sesuai untuk makan tenghari. Tagline terkenal dengan nasi kandar ialah " Mamak, kuah kasi banjir ".


3. Char Kuey Teow



Char Kuey Teow merupakan makanan orang Cina pada asalnya tetapi semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Bukan itu sahaj, kini ramai bangsa Melayu yang membuka perniagaan dengan menjual Char Kuey Teow. Char Kuey Teow menjadi pilihan kerana makanan ini ringkas dan mengenyangkan. Kebanyakkan rakyat Malaysia menjadikan Char Kuey Teow sebagai menu makan malam bersama-sama keluarga.



Jika di Pulau Pinang, Sungai Dua Char Koay Teow adalah tempat kunjungan orang ramai. Kedai ini dibuka pada waktu malam sahaja. Kebanyakkan pelanggan adalah dari luar  negeri dari Pulau Pinang.


4. Cendol




Cendol merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dikepal dan dicampur dengan pelbagai perisa. Bahan utama cendol ialah tepung yang berwarna hijau dan campuran kacang merah. Cendol kini dipelbagaikan dengan campuran durian serta pulut ataupun dikenali cendol durian dan cendol pulut. Cendol sangat terkenal di rantau nusantara terutamanya Malaysia dan Indonesia.


5. Teh Tarik




Teh Tarik merupakan tarikan utama untuk seluruh rakyat Malaysia. Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia menggemari minuman ini terutamanya pada waktu sarapan. Meminum teh tarik mampu meningkatkan mood seharian seseorang... hahahahaha ( Cik Fatin suka minum sebab tu tulis mcm ni )



Akhir kata, sayangi Malaysia, syukuri nikmat yang kita ada pada harini.

p/s-  berkongsilah rezeki anda, sebarkanlah kebaikan.






Thursday 10 November 2016

I was a kindergarten teacher

Assalamualaikum, okey lately Cik Fatin teramatlah buzy dengan segala test, assignment dan quiz yang semuanya bersemangat nak dating dengan Cik Fatin sampai jenuhlahh nak tepis.. hahahahaha. Biasalahh kann lpas midsem mmg hdup ini akan kacau bilau secara tiba2.. demi kejayaan sanggup kuharungi jua...ceewwewaaaahhhh...

Bila dah buzy macam ni, memang selalulah Cik Fatin teringat kat anak-anak murid Cik Fatin. Yes, I was a kindergarten teacher tapi tak lama cuma setahun je Cik Fatin sempat bergelar seorang guru tadika.


Cik Fatin pun sebenarnya tak sangka mcam mana Cik Fatin boleh terjebak dalam pendidikan kanak-kanak, dah namanya rezekikan, so bekerjalah Cik Fatin sebagai Teacher 4 years old dari April 2015 hingga Ogos 2016. Pada awalnya Cik Fatin hanya mencuba nasib je sebab nak elak dari mereput lepas habis diploma and sementara nak sambung degree. Tapi sebab rasa sayang kat students buatkan Cik Fatin bertahan selama setahun dan sanggup lewat sambung belajar dari kawan-kawan lain..huahuahua.. betapa kasehhhnyaa aku kepada mereka...huhuhu


Okey, harini Cik Fatin nak crita tentang students di tadika dulu, tapi kebanyakkan cerita ni tentang kelas Cik Fatin. Kelas untuk umur 4 tahun ada dua. Cik Fatin guru kelas untuk 4 Iskandar Zulkarnain dan kawan Cik Fatin, Teacher Ayuni guru kelas 4 Muhammad Al-Fateh. Total students untuk dua-dua kelas ni ada 23 orang students.Dan dijaga oleh dua orang guru iaitu Teacher Fatin ( Cik Fatin letttew) and Teacher Ayuni.


Bayangkan 23 kanak-kanak 4 tahun, hahahahaha,,..(geleng kepala ). Siapa kata jadi cikgu tadika tu senang? Hahahaha,,tolonglah ubah persepsi anda sebab apa yang anda bayangkan tak sama apa yang kami lalui seharian.


Macam-macam pengalaman,ilmu dan kesabaran yang tinggi Cik Fatin dapat sepanjang kerja kat sini.Memang Cik Fatin cikgu dorang, tapi sebenarnya students yang banyak ajar Cik Fatin, sebenarnya dorang yang didik sifat dan hati Cik Fatin semoga jadi tabah dan sabar.


Melalui students jugak la, Cik Fatin dapat belajar banyak tentang pemikiran kanak-kanak yang kita sebagai orang dewasa anggap sebagai benda remeh tapi hakikatnya sangat besar untuk dorang.

Sepanjang bekerja, Cik Fatin mengakui rezeki Cik Fatin murah, Alhamdulillah sangat2, rezeki yang Cik Fatin maksudkan bukan dari segi wang ringgit, tapi dari segi dipermudahkan urusan dan rezeki kasih sayang.

Bukan senang kita nak dapat kasih sayang dari orang yang kita tak kenal, tetapi bergelar Teacher Fatin rezeki kasih sayang tu sangat murah ( huhuhuhu,,,,,riiiinddduuuu). Cik Fatin rindu muka-muka students bila dah pandai pakai seluar, rindu wajah diorang bila Teacher Fatin cakap pandainnyaaa!!!... rindu senyuman semua students bila Teacher Fatin ajar and menyanyi lagu baru ( I miss their eager faces so much ). Terima kasih di atas segala hadiah Hari Guru ( tahun ni Teacher Fatin dapat hadiah paling banyak ,,hahahaha kenyit mata sekali ) dan hadiah perpisahan :)


Kerana bergelar Teacher Fatin lahh, Cik Fatin sangat mengenang jasa semua guru-guru dan pensyarah Cik Fatin masa zaman sekolah and diploma dulu ( arrrgghhh,,, nakalnyaa akuuu! ) Terima Kasih Cikgu. Bila Cik Fatin bergelar Teacher Fatin, Cik Fatin rasanya serba sedikit sudah boleh memahami perasaan seorang guru. Bagi Cik Fatin, mendidik dan mengajar ada dua perkara yang berbeza dan percayalah seorang guru atau pensyarah itu berusaha mendidik kita kerana mereka sangat sayangkan kita.


So, harini Cik Fatin nak share sikit gambar anak-anak murid Cik Fatin dulu. Teacher rindu kalian. <3



Pihak klinik gigi datang untuk ajar cara gosok gigi
( Awat Haidar macam nak nanges tuuuu?? ).. hehehe








Masa ni g lawatan kat Perpustakaan Awam Seberang Jaya, Pulau Pinang

Selamat Hari Raya!
( Siapa baik dapat duit raya) hahaha


Haaaa!!! Ni la kelas 4 tahun 2016
♡★♡★♡★
~ 4 Iskandar Zulkarnain_4 Muhammad Al- Fateh ~


asalnya ada 23 orang students tapi tinggal 21 je sbb lagi dua students tu dah pindah...huhuhuhu.. Majority boys ( hahahahaha ). InsyaAllah bakal khalifah pada masa depan. Teacher Fatin dan Teacher Ayuni ( dah sambung belajar jugak ) sayang 4 years old sangat2!!!


Kawan-kawan and akak-akak yang sangat laaaaaa Cik Fatin hargai 

Huhuhu... ni hari last Cik Fatin kerja.. terima kasih semua untuk semua pengalaman, kasih sayang dan ilmu. Sekarang Cik Fatin dah sambung study dalam bidang pendidikan juga. InshaAllah kalau diberi peluang akan bergelar seorang pendidik. Doakan ^_^. 






      

           


Hlovate

Hi, I am Fatin Nabillah,korang boleh panggil Cik Fatin, Ok entry kali ini Cik Fatin nak tanya siapa kat sini yang tahu pasal Hlovate??? Angkat tangan sikit ( acah - acah tengok ). Because I am Hlovate lover!!!!

Siapa Hlovate ni wahai Cik Fatin oiiiii... ???

Okey, kalau hampa nak tau, Hlovate ni sbnarnya adalah seorang novelis under Jemari Seni, actually Cik Fatin tak pernah tau pon sapa Hlovate ni, Tapi, masa 2012 macam tu, kawan Cik Fatin yang kenalkan, tajuk novel tu Tunas.
I was like..... Tunas?? Apakah?? Best ka weyy? Dah la satu perkataan ja tajuk dy ( masa ni Cik Fatin layan novel jiwang2 ja,, hahahahahahaha, yang tajuk macam lirik lagu gitewww )

Start from that moment, Cik Fatin pinjam buku kawan Cik Fatin, masa mula2 baca,, errrrmmm,, ok aku xpaham,, sebab apa tau x?? sebab Cik Fatin rasa mcm baca buku teks Kimia ngn Fizik,,, hahahahahaha,, semua science terms ada dalam tu... Tapi xpa,, Cik Fatin baca novel Tunas tu lagi skali and masa tu baru boleh brain jalan cerita novel tu. Masa tu.... hahahahaha.. xpayah cakap laa dy punya jatuh chenta mcm mna kat Hlovate. betul la pepatah Melayu kata " jangan benci nanti sayang" . Nah, memang setempek kena  kat muka... ngeeee.....

Ok, harini Cik Fatin nak crita knape lahai seorang insan bernama Cik Fatin minat sangat dengan penulisan Hlovate.
Okey.. first of all, Hlovate ni sebenarnya sangatlah misterious sbb apa Cik Fatin kata cmni....sebab,
1)  Hlovate tak penah munculkan diri dy kat mna2 event or any occassion. ( nampak tak betapa humblenya dy..huhuhu)
2)  Hlovate tak pnah dedahkan yang dy ni perempuan or lelaki, but he/she knows everything about the both world, Walaweeh!
3) Hlovate ni awesome sgt sbb walaupun penulisan Hlovate ni out of the box dari cerita cintan cintun bagai, tapi Hlovate CONFIRM  akan masukkan elemen Islamik dalam setiap penulisan even a piece of ayat quran, Hlovate mesti selitkan ( nie mmg Cik Fatin tabik spring toing toing )

Ok, buat masa sekarang, Hlovate dah tulis 10 buah novel, actually sebelas tapi yang latest ni belum keluar kat pasaran lagi just ada dalam bentuk e-book. Okey, ni adalah novel - novel Hlovate yang telah dicetak berulang-ulang kali..hahahaha


Karya Hlovate yang sumpah awesome :D




Haaaa!.. Yang ni Garpu dan Camca yang belum dicetak lagi tu. Actually Garpu dan Camca ni is a cerpen,  gabungan sepuluh penulis dan digabungkan dalam satu novel  yang bertajuk 10 dan Hlovate pun ada jgk habaq hang! Tak prcaya tgok nama dy tu haaa kat depan cover buku tu. 


Yang ni plak Hlovatinta, Hlovatinta ni pulak the best quotes yang ada dalam semua novel karya Hlovate dari Tunas sampai la Anthem. ( Kalau nak update status kat fb or caption yang meletopss,korang boleh la amik dalam Hlovatinta ni, biaq terkezutt skit friends hampa ! )

Antara banyak- banyak karya Hlovate, Cik Fatin paling jatuh chenta berkali-kali bila baca Contengan Jalanan. Baca pi la tujuh ka lapan kali ka... setiap kali baca.. konfem mata masuk habuk .. hati mendayu- dayu macam ada lagu Rapuh- Opick dalam kepala... huhuhuhu... sob,sob.. Sampaikan adik Cik Fatin malas layan kalau Cik Fatin baca novel ni, dy dah tau kakak dy ni nnt menangis pastu cakap seeeeedddiiiihhhhhhhh banyak2 kali..
Cik Fatin akan baca Contengan Jalanan ni bila tengah down, stress study ke atau iman tengah tak kuat, confirm baca then meleleh..huhuhu..
Contengan Jalanan
Korang jangan pelik sebab cover dy mmg mcm tu..terbalik,, tapi sbb keunikkan ni la buat Contengan Jalanan ada kecantikkan tersendiri. Quotes yang paling Cik Fatin suka dalam novel ni " The man who decides to change on 12th, died on 11th ". Kalau nak tau maksud quotes ni kenalahhh baca Contengan Jalanan. 
Last skali, Cik Fatin nak belanja sikit video Hlovate sebab sebenarnya dalam semua karya Hlovate ada banyak lirik lagu. Okey lagu kat bawah ada dalam novel Tunas.